Pengenalan Pengurusan Islam

October 30, 2007 at 8:58 am Leave a comment

PENDAHULUAN

 

Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia.

 

Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEPERLUAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN ISLAM

 

Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam bidang tugas.

 

Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem pengurusan masakini.

 

Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang cemerlang dan seimbang.

 

Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah :

 

 

 

 

 

 

Bersifat Rabbani

Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik.

 

Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang diizinkan oleh syara’ sahaja. Segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan secara pasti, hendaklah dilaksanakan tanpa dolak dalik atau tanpa sebarang pengubahsuaian. Oleh itu ketetapan konsep halal dan haram mampu mengawal setiap tindakan manusia.

 

Kaedah pengurusan Islam adalah sama dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain iaitu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ketetapan ini merupakan satu arahan dari Allah s.w.t seperti Firman-Nya :

 

Maksudnya : Kami telah meurunkan Al-Kitab padamu (Muhammad) sebagai penjelasan

            segala sesuatu yang diperlukan, juga merupakan petunjuk, kerahmatan dan

            kegembiraan untuk sekalian muslimin 

 

Ini bermaksud dari segi metodologi dan asas pengurusan Islam adalah merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah. Perkara yang boleh berubah ialah berhubung dengan aspek-aspek teknikal dan perlaksanaan yang sememangnya perlu dikembangkan serta disesuaikan dengan pelbagai keadaan, masa dan persekitaran. Walaupun aspek ini boleh dipinda dan diubah, tetapi perlu juga dijadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebgai rujukan. Kaedah ini dikenali sebagai « ijtihad » yang merupakan akal fikiran manusia. Ini menjadikan pengurusan Islam cukup berbeza dengan sistem pengurusan moden yang hanya berasaskan kebijaksanaan akal manusia yang terbatas dan terhad tanpatanpa panduan Wahyu. Hasilnya lahirlah satu sistem yang sentiasa wujud berbagai kelemahan kerana fikiran manusia yang terbatas yang mudah dipengaruhi oleh pelbagai unsur luar dan sekeliling yang tidak sihat.

 

Aktiviti yang selaras hukum syara’

Kesemua aspek pengurusan Islam melibatkan aktiviti yang dibenar dan diluluskan oleh syara’. Ini merupakan sebahagian dari standard yang ada dalam sistem pengurusan Islam secara berkekalan di seluruh dunia sejak dari awal kedatangan Islam lagi. Apa jua aktiviti yang diharankan oleh syara’ adalah ditegah sama sekali penglibatannya. Oleh itu sebarang aktiviti yang memang jelas pengharamannya seperti perjudian, arak, pelacuran, rasuah, penipuan dan sebagainya adalah dilarang qat’i (mutlak dan pasti)

 

Firman Allah s.w.t :

 

Maksudnya : « hendaklah kem menghukum antara seluruh manusia itu dengan peraturan yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu »

 

Pemisahan sistem nilai

Kebanyakan teori masa hari ini hanya menumpukan fokus kepada bidang kerja atau tugas kepada organisasi sahaja, tanpa mengambilkira faktor-faktor lain. Nilai-nilai murni masyarakat setempat tidak diberi ruang yang sewajarnya, sedangkan itulah nilai yang telahsebati dengan diri mereka sejak zaman berzaman. Nilai-nilai agama diketepikan. Hasilya hilangnya budaya berbudi bahasa, adab sopan. Hormat menghormati, kerja itu ibadah dan sebgainya. Kesannya, timbul pelbagai gejala negatif yang kurang sehat dalam pengurusan organisasi itu sendiri seperti rasah, pecah amanah, kasar, bahasa yang kurang sesuai dan seumpamanya.

 

Sistem yang tidak seimbang.

Teori-teori yang dilahirkan untuk tujuan amalan lebih memberi tumpuan kepada soal dalaman organisasi sahaja tanpa memberikan tumpuan kepada nilai kerohanian dan kemanusiaan t sendiri yang dianggap cukup penting. Kegagalan menghasilkan manusia yang cemerlang samalah seperti menghasilakn organisasi yang gagal dan bermasalah. Segala teori yang dihasilkan hanya memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan kualiti dan produk yang dihasilkan.

 

Sistem pengurusan Islam alternatif terbaik

Untuk menghasilkan pembaharuan, kelainan dan peningkatan kualiti pengurusan, susah tentu umat Islam perlu kembai kepada ajaran Islam. Ini adalah disebabkan sistem pengurusan Islam bersifat sepadu dan seimbang dengan menekankan semua aspek yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia termasuklah dalam pengurusan Islam. Aspek-aspek material, rohani, fizikal dh psikologi diambil kira dalam bentuk yang sepadu untuk menentukan halatuju sesebuah organisasi.

 

Pengurusan Islam berlandaskan acuan dan nilai sendiri

Telah menjadi lumrah kehidupan, manusia gemar meniru sesuatu yang baru dan pada mereka cukup baik jika turut sama dapat melakukannya. Peniruan yang membuta tuli selalunya membawa kepada lebih banyak kegagalan dan kelemahan, Pemikiran pentadbiran barat sudah tentu berteraskan kepada anti-agama (fahaman sekular) iaitu melakukan pemisahan antara agama dan kehidupan. Sekiranya hendak diterima pakai, ia harus melaui pelbagai bentuk tapisan dan penyaringan. Oleh itu, alternatif yang terbaik ialah dengan memilih sistem pengurusan Islam mengikut acuan dan kacamata Islam itu sendiri kerana ia bukan hanya berpandukan kepada kebijaksaan akal manusia semata-mata, tetapi juga berpandukan kepada sumber-sumber yang tidak diragui kesahihan dan kebenarannya. Ada ketikanya sumber tersebut menetapkan ketaatan penuh tanpa tolak ansur dan ada ketikanya diberikan ruang untuk melakukan sebarang bentuk perubahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Asas pengurusan Islam

 

Islam telah berjaya membawa satu pandangan hidupyang cukup luas dan sentiasa relevan dengan kehendak masa, keadaan dan tempat. Namun, Islam tidak pernah menolak pembaharuan, tetapi perlu seiring dan selari dengan ketetapan hukum syarak.

 

TAKHTIT-PERANCANGAN

 

  • Perancangan adalah merupakan usaha-usaha yang dilakukan dan yang diambil dengan mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan kemudiannya menetap cara untuk mencapai matlamat tersebut dengan menagambil kira keupayaan dan kemampuan yang dimiliki.
  • Perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan untuk masa depan. Proses perancangan biasanya melibatkan beberapa perkara utama antaranya :

 

    1. magenalpasti matlamat
    2. menilai keupayaan sumber
    3. membuat jangkaan atau ramalan
    4. memperkenalkan plan tindakan

 

  • dalam membuat perancangan, matlamat yang dikehendaki mestilah jelas samada matlamat yang perlu dicapai bagi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat perlu merangkumi serampang dua mata iaitu kejayaan dunia dan akhirat.
  • Keupayaan sumber juga perlu diambil kira dengan membuat analisa dari sudur kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Semuanya ini penting untuk menetukan samada sesuatu matlamat itu boleh dan mampu dicapai atau sebaliknya. Juga perlu diambil kira segala peluang yang ada atau yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat yang telah dirangka. Selain itu, perlu juga difikirkan cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mengembelingkan segala keupayaan yang ada untuk mingkatkan produktiviti.
  • Keupayaan untuk membuat jangkaun, andaian atau ramalan juga penting dalam menyediakan strategi tertentu dalammemastikan matlamat tercapai. Oleh itu perlu dilakukan pelbagai kajian dari segenap sudut seperti jangkaan pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, harga sumber, pilihan gantian sumber dan sebagainya.
  • Akhir sekali disediakan plan tindakan yang difikirkan sesuai diambil untuk menjayakan setiap misi yang disasrkan. Ia perlu meliputi perancangan utama dn langkah susulan serta langkah pilihan sekiranya plan utama menghadapi kegagalan atau menghadapi sesuatu yang diluar jangka. Oleh itu penentuan fungsi, tugas dan tanggungjawab perlu diketahui oleh setiap kakitangan yang terlibat supaya mereka boleh bertindak mengikut bidnag tugas yang ditetapkan.

 

Rasulullah s.a.w sendiri merancanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki. Beliau tidak bertindak membuta tuli tanpa terlebih melakukan perancangan yang teliti. Antara contoh peracangan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah :

 

Era Mekah

Penekanan usaha dakwah lebih ditumpukan  kepada pengukuhan ajaran Islam dan menyeru manusia supaya menyembah dan mentauhidkan Allah s.w.t. Dua strategik dipraktikkan iaitu secara sulit dan terang-terangan. Nabi mrancang langkah sedemikian dengan mengambil kira kedudukan, keupayaan, bentuk tentangan yang amat keras dari golongan Quraish dan suasana ketika itu. Apabila kedudukan Islam difikirkan telah stabil dan kuat, barulah Nabi mengambil langkah berdahwak secara terang-terangan.

 

Era Madinah

1.      Program al-Muakha’- ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlmat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka.

2.      Mendirikan masjid-Nabi juga merancang membina masjid sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam atas dasar Islam dn bukan atas semangat perkauman yang sngat menbal ketika itu. Selian itu, jangkaan Nabi, Islam lebih mudah dikembangkan melalui institusi masjid. Nabi juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk menggerak setiap aktiviti yang dirancang.

3.      Menggubal Piagam Madinah- Nabi juga mengambil langkah untuk mengukuhkan  Islam dengan memperkenalkan Piagam Madinah iaitu perembagaan Negara Islam yang pertama. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah egara Islam Madinah.

 

TANZIN-PENGORBANAN/PENYUSUNAN

 

Penyusunan atau pengorganisasian merupakan suatu proses penglokasian atau penempatan setiap sumber yang wujud dalam sesbuah organisasi samada sumbr tenaga manusia, benda atau barang, susunan organisasi, bidang kuasa, fungsi dan tugas setiap faktor tersebut untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan.

 

Oleh itu penyusunan setiap faktor yang terlibat perlu diambil kira pelbagai aspek sampingankerana kegagalan mengambilkira akan mengundang kepada kegagalan. Antara nilai dan perkara yang perlu diambil kira dalam menyusun sesebuah organisasi ialah :

 

  1. Sumber manusia-iaitu memastikan jumlahnya mencukupi dan menyusun fungsi dan tugas mereka berdasarkan kemahiran, keupayaan dan kebolehan mereka. Ia penting untuk menjamin mereka benar-benar berfungsi dan mampu menyumbang ke arah kejayaan organisasi. Mereka perlu mengetahui dengan jelas fungsi dan bidang tugas mereka untuk megelak pertindihan kerja atau pembaziran faktor sumber tanpa digunakan seoptima yang mungkin. Oleh itu, carata organisasi perlu diwujudkan dengan menentukan jawatan yang diperlukan, jumlah tenaga kerja untuk setiap jawatan, pegawai-pegawai sokongan (jika perlu) dan taraf jawatan mereka.

 

  1. Sumber tabi’i-sumber tabai’i merupakan sumber alam semulajdi yang juga penting kepada organisasi seperti turun naik harga pasaran, sumber pengganti sekiranya berlakunya kekurangan penawaran di pasaran, pembekal yang bersesuaian dan sebagainya. Begitulah juga dengan nilai modal yang diperuntukan untuk faktor sumber tabi’i perlu juga disusun untuk mengelakkan beban hutang di masa hadapan dan seumpanya.

 

  1. Gabungan sumber- Antara nilai-nilai yang perlu diambil kira dalam menyusun penempatan setiap sumber faktor yang terlibat ialah kecekapan intelektual, kemurnian peribadi, kecanggihan peralatan yang terkini, kedudukan dan fungsi yang sesuai. Semuanya perlu disusun dengan teratur disamping  keupayaan menyepadukan keupayaan fizikal dan mental serta nilai-nilai akhlak setiap sumber tersebut. Nilai-nilai positif perlu ditekankan kepada setiap faktor sumber untuk menjamin keharmohian dan kesepakatan antara mereka. Oleh itu sikap hormat mengjormati, saling Bantu membantu, berbudi bahasa dan bersikap sopan perlu ditekankan. Peralatan yang canggih tidak akan membantu sesebuah organisasi seandainya sikap dan tabiat kakitangan mereka tidak seiring dengan kecanggihan tersebut.

 

Rasulullah s.a.w sendiri mengambil pendekatan yang sama kearah memperkenalkan jentera pentadbiran dan pengurusan negara, antara pengurusannya ialah :

 

  • Penyusunan jentera pentadbiran- baginda Rasulullah s.a.w menyusun jentera pentadbirannya dengan menentukan jawatan, tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan 2 sistem pentadbiran yang berbeza iaitu:

 

  1. Pentadbiran Pusat
  2. Pentadbiran Wilayah

 

Pentadbiran pusat

Pentadbiran peringkat ini dibahagikan kepada tujuh jabatan iaitu :

 

             I.      Timbalan (nai’bin)

Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepali pentadbiran Negara terutamanya menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah s.a.w di Madinah.

          II.      Penasihat (mushir)

Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk perkembangan Islam. Majlis penasihat (syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar antaranya ialah : Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Umar Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Ammar, Huzaifah, Abu Zar, Miqdad dan Bilal

       III.      Setiausaha (Katib)

Katib bermaksud penulis, pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai setiausaha. Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan memerlukan golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu, surat kepada raja-raja dan sebagainya.

        IV.      Wakil (Rasul) -  Duta

Duta mestilah cerdik, perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta mengusai bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas mereka ialah mengajak kepada Islam, membuat perjanjian, memberi perlindungan, memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di negara untuk pulang, mengirim hadiah dan lain-lain.

 

           V.      Pesuruhjaya

Kebiasaannya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia adalah tugas berat seperti politik dan pelaksana undang-undang.

 

 

        VI.      Penyair dan pemidato (syu’ara’ dan khutaba’)

Penyair seperti Hassan bin Thabit bertindak balas kepada penyair bukan Islam yang mengeji dan mencela sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun penyair Islam dilarang daripada melampaui dan keterlaluan.

 

     VII.      Pegawai tugas-tugas am

Pelbagai nama diberikan kepada mereka seperti azin (pemanggil), Bawwab (penjaga pintu) dan hajib (penajaga pagar)

 

 

PENTADBIRAN WILAYAH

3 jawatan besar dan penting iaitu :

 

             I.      Wali (Gabenor)

Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah s.a.w meliputi semenanjung tanah Arab dan sebagainya perbatasan negeri-negeri jiran seperti syria (syam) dan lain-lain. Baginda telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut seperti Yaman (Muaz bin Jabal), Ta’ef(Uthman b Abi  Al Aaas), Mekkah (Attaa b Usiad)

 

          II.      Hakim (Qadi)

Tugas mereka ialah untuk melaksanakan keadilan serta melaporkan terus kepada Rasulullah s.a.w yang merupakan ketua hakim, khususnya kota Madinah. Ali b Abi Talib dan Mua’adz b Jabal antara para hakim yang dilantik baginda.

 

       III.      Amil (pemungut cukai)

Tugas mereka berkait dengan ekonomi negara dan umat Islam seperti memungut zakat, derma, jizyah, al-fai, al-Kharaj, al-usyur dan sebagainya dari umat Islam dan bukan Islam yang berada dan mendapat perlindungan dalam daerah pemerintahan Islam.

 

QIYADAH-PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

 

  • Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (disetiap peringkat pengrusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi(manusia, benda  dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan.
  • Kepimpinan melibatkan meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi
  • Kepimpinan adalah :

a)      Umpama kepala dalam anggota manusia-menentukan segala tujuan dan matlamat serta semua maklumat terhimpun kepadanya.

b)      Lambang kesatuan- Ia adalah lambang kepada kesatuan, keutuhan dan disiplin sesebuah organisasi.

c)      Pemilihan secara berhati-hati – sikap waspada dan berhati-hati perlu ada ketika memilih seorang pemimpin untuk menjamin keadilan. Dasar pilih kasih perlu dielakkan.

·  Perkara yang perlu dilihat disini ialah ciri-ciri pemimpin yang unggul, ciri-ciri petugas satu pekerja yang cemerlang, serta ciri organisasi yang diwakili. Antara ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang pemimpin yang baik dan berjaya ialah :

 

                                                  I.                  Amanah    – Pemimpin perlu memahami bahawa tugasnya adalah satu amanah untuk mengelak sikap tidak bertanggungjawab

                                               II.                  Ikhlas        – Sifat Ikhlas penting untuk melahirkan sikap jujur dan benar dalam menjalankan tugas.

                                             III.                  Muraqabah – iaitu sentiasa menyedari dirinya sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t pada setiap masa dan setiap tindak tanduk yang dilakukannya.

                                            IV.                  Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab penting untuk melahirkan sikap waspada dalam menunaikan amanah yang dipikul dan turut melahirkan sikap bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya.

                                               V.                  Kemesraan dan keakraban – antara perkara yang banyak membantu sesorang pemimpin ialah kemampuannya untuk menjalinkan hubungan yang mesra dan baik dikalangan para pekerja. Ia penting untuk memenangi hati para pengikut dan orang bawahannya. Sikap meninggi diri dan sombong adalah sikap yang akan membawa perpecahan dan perasaan benci orang bawahan.

                                            VI.                  Mengenali persekitaran – iaitu memahami di mana dia berada, siapa yang dipimpinnya dan fungsinya kepada organisasi. Keputusan yang tepat dapat diambil dengan memahami persekitarannya, disamping mampu merancang startegi berkesan untuk mencapai matlamat.

                                          VII.                  Berilmu -  Pemimpin perlu memiliki keilmuan yang mencukupi untuk mengurus dan mentadbir.

                                       VIII.                  Memiliki nilai kemanusiaan – nilai ini penting untuk membantunya berjaya dalam kepimpinannya. Sikap hormat tolak ansur, mempercayai kemampuan dan kebolehan orang bawahan, sikap hormat kepadaorang lain, menunjukkan dengan dan berhemah. Disamping itu sikap keterbukaan juga penting iaitu sedia mendengat pendapat dan pandangan orang lain dan bukannya bersifat ditaktor.

 

Untuk menambah nilai kejayaan dan keupayaan sesorang pemimpin dan kepimpinannya maka Islam telah menunjuk dan memberikan model terbaik yang boleh dicontohi iaitu amalan yang menggambarkan corak kepimpinan yang berkesan. Contoh itu terdapat dalam  sholat berjemaah. Antara nilai-nilai yang dapat dicontohi ialah :

 

a.       Pengamalan konsep nasihat menasihati serta konsep tegur menegur

b.      Pemahaman konsep „setiap kamu adalah pemimpin dans etiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin“

c.       Perlantikan ketua yang berkelayakan dan berkebolehan

d.      Pemahaman konsep taat dan patuh kepada ketua

e.       Lahir sikap hormat dan menghormati

f.        Sikap peka kepada kebajikan orang lain

g.      Semangat kerjasama atas dasar persaudaraan teamwork

 

·                    Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan berjaya menyatupadukan umat Islam

·                    Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.

·                                Sistem syura diperkenalkan dengan melakukan berbagai perundingan bersama para sahabat. Akhirnya dapat membuahkan startegi yang baik dalam banyak hal yang dihadapi dan ditangani bersama kerana memperolehi berbagai idea yang bernas dan menarik

·                                Pemahaman konsep pemimpin yang memahami nilai, perasaan, mental fizikal serta elemen yang adalah kunci kepada kejayaan.

 

 

 

 

 

 

 

WIQAYAH-PENGAWASAN/PENGAWALAN

 

·                    Wiqayah bolehlah diertikan sebagai yak muru nal bil ma’ruf wan bahyu ‚anil munkar

·                    Islam menekankan konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Inilah sebenarnya kaedah pengawasan dan pengawalan yang paling berkesan yang mampu melahirkan kejayaan dan kecemerlangan kepada sesbuah organisasi dan kepada kehidupan itu sendiri.

·                    Tujuan utama kepada Wiqayah adalah untuk :

                                I.      Asas pengurkur kejayaan – ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak

                             II.      Penjamin kelicinan organisasi – Ia juga sebagai alat untuk mengukur dan menentukan kelicinan perjalanan sesuatu program yang dilaksanakan. Dorongan yang kuat akan membantu untuk menaikkan semangat bekerja dan seterusnya mengecapi kejayaan.

                           III.      Langkah pencegahan – mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Ia penting untuk memastikan tidak wujudnya unsur-unsur negatif dalam sesbuah organisasi.

                          IV.      Langkah dorongan – Ia juga penting sebagai langkah untuk mendorong manusia agar berwatak dan bersikap positif serta berubah tanpa perlu dipaksa secara kekerasan.

                             V.      Fungsi akhir – pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul. Hukuman yang setimpal akan dikenakan sebagai langkah terakhir untuk mencegah sebarang bentuk kemungkaran dan salah laku para pekerja. Budibicara adalah jalan diplomasi yang perlu digunakan pada peringkat awal untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul.

·                    Perlu diingat bahawa dalam proses ini manusia yang diawasi dan dikawal itu punya perasaan, maruah dan harga diri. Maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin ataupun benda. Manusia tidak boleh diaibkan dengan apa cara sekalipun. Maruah manusia perlu sentiasa dipeihara.

Kaedah dan cara kawalan/pengawasan :

 

·                    Secara umumnya cara dan kaedah pengawasan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

 

             I.      Pengawasan dalaman diri manusia

·        Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri. Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah Khalifah serta hamba kepada Allah. Mereka perlu yakin segala-galanya akan dihitung, dinilai dan dihisab oleh Allah s.w.t dari sekecil-kecilnya sehingga kepada sebesar-besar perkara.

·        Sebagai Khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau melicinkan perjalanan alam. Mereka tidak boleh merosakkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

·        Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya. Sikap patuh dan taat kepada peraturan Allah s.w.t adalah kunci yang terbaik yang mampu mendorong manusia melakukan kebaikan dan mengelak mereka terjebak kepada perkara yang negatif

 

          II.      Pengawasan dari masyarakat

 

·        Masyarakat yang prihatin akan memastikan tanggungjawab terlaksana. Tugas pencegahan ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja tetapi juga kepada masyarkat keseluruhannya kerana merekalah yang paling hampir antara satu dengan yang lain.

·        Merujuk kepada satu hadis Nabi yang bermaksud “barangsiapa antara kamu yang melihat kerosakan (kejahatan, kemungkaran dan lain-lain) hendaklah ia mengubahbya dengan tangan (kuasa), sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan lidah (lisan seperti nasihat atau tunjuk ajar dan sebagainya) dan sekiranya tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan hati (seperti membenci kejahatan tersebut) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

·        Dalam organisasi perkara ini mesti dilakukkan. Ini kerana organisasi merupakan sebahagian daripada masyarakat dan ia tidak boleh terpisah. Ini bermakna tugas pencegahan ini bukanlah untuk menjaga tepi kain orang lain tetapi merupakan satu tanggungjawab agama.

 

       III.      Pengawasan dari pihak pengurusan

 

·        Dalam aspek ini pengurusan amat berperanan melihat perjalanan organisasi mereka supaya ianya selamat dan mengikut spefikasi yang diberikan

·        Oleh itu peraturan, garis panduan dan etika tertentu perlu diwujudkan untuk membasmi sebarang perkara negatif yang wujud dn berlaku dalam sesebuah organisasi. Malah ia dianggap sebagai jalan keluar yang terakhir yang terpaksa diambil untuk mengatasi setiap masalah yang timbul setelah melalui proses nasihat menasihati dan tegur menegur antara mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.

 

Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya ialah :

 

  1. Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
  2. Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
  3. Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.
  4. Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan :

 

Islam dan pengurusan – CTU263 – Razali b Abdul Rahim

About these ads

Entry filed under: 1. Tags: .

apokalips Selamat datang

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

October 2007
M T W T F S S
     
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Most Recent Posts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: